HomeUtamaTA'SEEM semai perpaduan melalui seni budaya sekolah

TA’SEEM semai perpaduan melalui seni budaya sekolah

Read Time:1 Minute, 19 Second

Papar : Penganjuran pertandingan Tarian Sekolah-Sekolah Malaysia (TA’SEEM) Peringkat daerah Papar berupaya untuk memperkenalkan budaya dan kesenian yang terdapat di negara ini kepada anak-anak khususnya di peringkat sekolah.

Pengerusi Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Datuk Mohd Arif Sakaran berkata, pendedahan ini secara tidak langsung dapat mengekalkan warisan turun-temurun agar generasi akan datang dapat mengenali dan menghargai seni disamping memartabatkan lagi kesenian dan kebudayaan negara.

“Saya percaya walaupun anak-anak kita ini mempunyai potensi dan kelebihan untuk kita cungkil dan ketengahkan supaya bakat dan kemahiran yang mereka miliki dapat dikembangkan sepenuhnya.

“Selain itu, secara tidak langsung ia juga dapat mengukuhkan jati diri dan menyemai keyakinan anak-anak ini untuk menghadapi pelbagai cabaran dan tidak mudah terjebak dengan gejala sosial yang akhirnya akan merosakkan akhlak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program TA’SEEM peringkat daerah Papar di sini pada Sabtu.

Justeru Arif berkata, penganjuran program itu secara tidak langsung menjadi perangsang kepada anak-anak untuk terus menjinakkan diri dalam aktiviti kesenian dan kebudayaan.

Katanya, program-program kesenian dan kebudayaan yang diadakan menjadi titik tolak dan penyuntik semangat murid dan pelajar dalam terus memartabatkan bidang kesenian dan kebudayaan.

“Pesanan saya kepada anak-anak ini, kenali warisan kesenian dan kebudayaan kita yang pelbagai ini kerana himpunan kesenian dan kebudayaan ini bukanlah datang daripada satu kaum sahaja.

“Jadikan aktiviti ini sebagai satu platform untuk memupuk semangat perpaduan kaum dalam kalangan kita semua. Saya yakin usaha seperti ini akan dapat menambah, meningkatkan dan memperluas kesedaran kita sebagai pewaris dan penjaga warisan yang diwarisi dari datuk nenek moyang kita,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki terlepas hukuman mati, digantikan dengan penjara seumur hidup

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular