Kota Kinabalu : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu.
Anwar menerusi kemaskini di Facebooknya memaklumkan ruang kunjungan itu di gunakan untuk bertukar pandangan mengenai isu semasa selain merapatkan lagi hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

“Lawatan ini penting dalam memacu Negeri Di Bawah Bayu ini ke tahap yang lebih tinggi di masa akan datang khususnya terkait kepada pembangunan dan kebajikan rakyat,” katanya.
Hadir sama, Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun dan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shamsul Iskandar Mohd Akin bersama rombongan.