Kota Kinabalu : Sebanyak 6,919 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) direkodkan di negeri ini bagi tempoh 1 Januari hingga 10 Mei lalu.
Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Dr Maria Suleiman berkata, situasi penyakit itu pada masa ini masih terkawal.
“Situasi di Sabah, terdapat peningkatan penyakit HFMD pada masa kini.
“Walau bagaimanapun dengan tindakan kawalan dan penjagaan yang telah kami lakukan, keadaan HFMD di Sabah adalah terkawal dan kesnya adalah semakin menurun,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri sambutan Hari Jururawat Peringkat Negeri 2025 dan program derma darah yang diadakan di lobi utama Hospital Queen Elizabeth II, di sini pada Selasa.
Majlis sambutan itu disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang diwakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya.
Dalam pada itu, Dr Maria berkata,pihaknya menyasarkan untuk mengutip sebanyak 1,000 pain darah sempena sambutan itu di seluruh negeri.
“Setakat ini, Hospital Queen Elizabeth II berjaya mengumpul 52 pain darah daripada 100 sasaran harian,” katanya.