HomeUtamaHajiji sambut baik OACP Sawit Kinabalu

Hajiji sambut baik OACP Sawit Kinabalu

Read Time:48 Second

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji  Noor menyambut baik langkah Kumpulan Sawit Kinabalu memperkenalkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) 2025-2029.

Katanya, pelan itu merupakan satu inisiatif strategik yang bertujuan untuk memperkukuh budaya integriti dan tadbir urus yang baik di semua peringkat organisasi.

“Saya menggalakkan semua jabatan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mencontohi pendekatan seperti ini dalam memperkukuh nilai integriti dan meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap institusi kerajaan,” katanya.

Beliau menambah bahawa OACP merupakan satu inisiatif untuk mewujudkan pentadbiran yang cekap, berwibawa dan bebas rasuah.

Hajiji, yang juga Pengerusi Sawit Kinabalu, berkata pelaksanaan OACP bukan sekadar untuk memenuhi kehendak dasar, tetapi ia harus menjadi norma dalam budaya kerja bagi GLC dan agensi kerajaan.

Beliau berkata demikian selepas menerima OACP Kumpulan Sawit Kinabalu yang diserahkan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Victor Ationg di Menara Kinabalu, di sini pada Khamis.

Turut bersama Victor dalam kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri ialah pasukan Bahagian Integriti dan Governans Sawit Kinabalu. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki terlepas hukuman mati, digantikan dengan penjara seumur hidup

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular