HomeUtamaLebih 40 guru Maktab Sabah diraikan sempena Hari Guru

Lebih 40 guru Maktab Sabah diraikan sempena Hari Guru

Read Time:1 Minute, 13 Second

Kota Kinabalu: Lebih 40 guru Sekolah Menengah Maktab Sabah di sini diraikan dalam satu program ‘Terima Kasih Cikgu’ sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini.

Majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) itu dianjurkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Maktab Sabah.

Yang Dipertua PIBG Datuk Mohammad Arif Tun Sakaran berkata, program yang diadakan itu turut menghargai peranan para guru sekolah berkenaan yang banyak membantu dalam peningkatan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.

“Program ini sudah tentu kita ingin mengucapkan terima kasih kepada cikgu di mana program ini kami memberi penghargaan kepada guru-guru di Maktab Sabah terutamanya dalam peningkatan keputusan SPM baru-baru ini

“Keputusan SPM tahun mencatat satu peningkatan yang amat ketara di Maktab Sabah. Jadi inilah yang kita anjurkan bagi memberi penghargaan kepada guru-guru dan seterusnya untuk program-program yang akan datang kita akan meneruskan program kolaborasi antara PIBG dan pihak sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program ‘Terima Kasih Cikgu’ Sekolah Menengah Maktab Sabah di sini.

Turut diadakan pada majlis itu penyampaian sijil penghargaan kepada guru-guru sekolah berkenaan selain penyampaian iBoard yang disumbangkan oleh Jetama.

Arif berkata, kolaborasi antara para guru dan ibu bapa khususnya dalam meningkatkan pencapaian pendidikan amatlah diperlukan.

“Ya, sebenarnya kolaborasi seperti ini penting untuk meningkatkan pencapaian pelajar, dengan kerjasama yang tekun, penghargaan daripada masyarakat. Diharapkan guru-guru juga akan berasa dihargai dengan apa yang kita jalankan program-program untuk memberi penghargaan kepada guru-guru,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Program “Selangkah Ke Menara Gading 2025 & SMJ Dron 2025” buka...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular