HomeUtama313 unit PPR Kionsom siap sepenuhnya, sedia didiami penduduk B40 dan M40

313 unit PPR Kionsom siap sepenuhnya, sedia didiami penduduk B40 dan M40

Read Time:1 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 313 unit kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kionsom melibatkan Blok A, B, C dan D kini siap sepenuhnya dan sedia untuk didiami selepas menerima Sijil Kelayakan Menduduki (OC).

Majlis penyerahan disempurnakan Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah kepada Timbalan Ketua Setiausaha (J) I, Bahagian Pelaksanaan dan Perkhidmatan Kejuruteraan (BPJ), Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Ar. Ezzanuddin Lood Mustafa.

Dr Sabin berkata, pihaknya menyifatkan kejayaan itu sebagai simbol komitmen bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam menyediakan rumah mampu milik kepada golongan B40 dan M40.

Katanya, permohonan penyewaan dilaksanakan secara atas talian dan disaring semula oleh DBKK bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak menerima unit kediaman.

Menurutnya lagi,  enam blok lagi dijangka siap sepenuhnya menjelang Julai atau Ogos tahun ini.

“Projek ini turut dilengkapi pelbagai kemudahan asas namun menghadapi kekurangan parkir disebabkan perancangan asal yang dibuat lebih 15 tahun lalu. DBKK telah memohon peruntukan kepada KPKT untuk membina bangunan tempat letak kereta bertingkat,” katanya.

Sabin turut menekankan pentingnya pengurusan teratur dan disiplin dalam kalangan penyewa agar kemampanan projek dapat dijaga. 

Justeru itu katanya, DBKK akan melaksanakan sistem pengurusan yang tegas dan tersusun ke atas rumah PPR ini, termasuk dari aspek penyelenggaraan, kebersihan, keselamatan serta kutipan sewa.

“Penyewa pula diseru untuk memainkan peranan mereka dengan penuh tanggungjawab selain menjaga unit kediaman masing-masing, mematuhi peraturan, dan membayar sewa tepat pada waktunya agar pengurusan keseluruhan bangunan dapat dilaksanakan dengan cekap demi kebaikan bersama,” – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Utama

Program “Selangkah Ke Menara Gading 2025 & SMJ Dron 2025” buka...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular