HomeUtama141 pasukan bersaing dalam Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa FCAS ke-10

141 pasukan bersaing dalam Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa FCAS ke-10

Read Time:1 Minute, 27 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Sebanyak 141 pasukan peserta tempatan dan antarabangsa mengambil bahagian dalam Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa FCAS 2025 edisi ke-10 yang berlangsung hari ini dan esok di Teluk Likas.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Christina Liew, mengalu-alukan kehadiran para peserta semasa menghadiri acara Sunset Beach Party pada malam Jumaat bersempena dengan perlumbaan tersebut.

“Saya berasa amat gembira melihat begitu banyak pasukan dari pelbagai negara (Malaysia, Singapura, Hong Kong dan Brunei Darussalam) berkumpul di Kota Kinabalu yang indah ini untuk menyertai pengalaman unik ini,” katanya.

Christina berkata kejayaan Persekutuan Persatuan-Persatuan Cina Sabah (FCAS) menganjurkan acara ini sehingga edisi ke-10 bukanlah satu pencapaian yang kecil, malah ia membuktikan dedikasi, kerjasama berpasukan dan visi FCAS di bawah pimpinan Presidennya, Tan Sri T.C. Goh.

“Sebagai Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, saya berbangga dapat menyokong acara seperti ini yang menggabungkan elemen sukan, pelancongan dan kebudayaan. Perlumbaan bot naga mungkin berakar dari tradisi, namun usaha FCAS menjadikannya terus relevan dan berkembang dalam konteks antarabangsa adalah sesuatu yang sangat membanggakan,” katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa perlumbaan bot naga kini telah berkembang lebih daripada sekadar acara sukan, malah menjadi platform untuk menjalin persahabatan, pertukaran budaya dan semangat komuniti.

Christina berkata tahun ini amat istimewa kerana kunjungan para peserta ke Sabah bertepatan dengan salah satu perayaan terpenting negeri ini iaitu Pesta Kaamatan.

“Ia adalah masa untuk kita meraikan rasa syukur, perpaduan dan keberkatan bersama komuniti pribumi kita, khususnya masyarakat Kadazandusun dan Murut. Jadi, bagi mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke Sabah, anda pasti akan mendapat pengalaman yang istimewa.

“Anda bukan sahaja dapat merasai keghairahan berlumba di atas air, tetapi juga dapat menikmati warna-warni, muzik, makanan dan kekayaan budaya pada perayaan Pesta Kaamatan,” tambah beliau.

RELATED ARTICLES
Utama

Program “Selangkah Ke Menara Gading 2025 & SMJ Dron 2025” buka...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular