HomeUtamaCubaan seludup minyak masak subsidi gagal di perairan Sandakan

Cubaan seludup minyak masak subsidi gagal di perairan Sandakan

Read Time:52 Second

Sandakan : Cubaan licik menyeludup ratusan kilogram minyak masak bersubsidi di perairan Sandakan berjaya dihidu dan digagalkan Maritim Malaysia dalam operasi yang dilaksanakan baru-baru ini.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, operasi penguatkuasaan bersepadu itu menemukan sebuah kapal kargo kecil yang ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan berhampiran Kampung Sundang Laut sekitar jam 5.45 petang.

“Pemeriksaan lanjut menemui 25 bungkusan plastik hitam mengandungi 425 peket minyak masak bersubsidi seberat 425 kilogram. Kesemua barangan tersebut dipercayai cuba diseludup keluar tanpa permit,” katanya dalam kenyataan di sini.

Suhairy berkata, rampasan dibuat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961, manakala kapal terbabit ditunda ke Jeti Maritim Malaysia Zon Maritim Sandakan untuk tindakan lanjut siasatan.

Katanya, Maritim Malaysia menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dalam menangani aktiviti penyeludupan barangan kawalan yang mengancam ekonomi negara dan hak rakyat.

“Maritim Malaysia meminta agar orang awam khususnya komuniti maritim menyalurkan maklumat atau aduan sebarang kegiatan jenayah di laut dengan menghubungi talian kecemasan 999 atau hubungi Pusat Operasi Zon Maritim Sandakan di 089-229504,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki terlepas hukuman mati, digantikan dengan penjara seumur hidup

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular