HomeUtamaNiat,usaha dan doa jadi pegangan kejayaan Aisyah

Niat,usaha dan doa jadi pegangan kejayaan Aisyah

Read Time:2 Minute, 6 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu : Usaha tanpa jemu dan niat yang betul menjadi antara pegangan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, Aisyah Fadhillah Abdullah,17.

Aisyah merupakan antara pelajar cemerlang SPM yang menerima sijil anugerah cemerlang pada Majlis Kecemerlangan Peperiksaan SPM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) Kota Kinabalu di sini pada Rabu.

Anak sulung dari empat beradik itu berjaya memperoleh keputusan 8A+, 2A,1A- dan 1B.

Katanya, selain usaha dan niat, hubungan yang kuat dengan tuhan serta orang sekeliling termasuk ibu bapa dan guru juga sentiasa dijaga dengan baik.

“Kita kena lakukan sesuatu dengan niat yang betul dan sentiasa berusaha. Pada masa sama, hubungan dengan Allah, guru, ibu bapa dan rakan-rakan sangat penting,” katanya ketika ditemui.

Majlis itu disempurnakan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin.

Aisyah yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kota Kinabalu itu menyimpan hasrat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan.

“Saya menyasarkan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan dan sudah memohon masuk ke  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebagai pilihan utama.

“Saya sangat bersyukur dan gembira. Semua usaha saya selama ini akhirnya membuahkan hasil dengan sokongan ibu bapa dan guru-guru,” katanya.

Beliau yang ditemani bapanya Abdullah Jabus,47, turut merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu bapanya yany banyakberkorban masa, wang dan segalanya dan menganggap kejayaan itu hadiah untuk kedua ibu bapanya.

Sementara itu, seorang lagi pelajar cemerlang SPM, Danish Zakwan Jumri,17, yang bersekolah di SMK Tansau berjaya memperoleh keputusan 9A+ dan 1A dalam peperiksaan SPM 2024.

Anak sulung dari dua beradik itu berkata, kejayaan bukan hanya tentang buku dan latihan, tetapi soal keseimbangan emosi, mental dan fizikal.

Danish berjaya ibunya melihat sijil kecemerlangan SPM

“Resipi kejayaan saya mudah. Kena jaga diri,  jangan paksa diri belajar sampai terlampau. Kita manusia, bukan mesin. Belajar secara rela dan bijak, bukan tertekan,” katanya.

Beliau mengakui tidak menyangka akan meraih keputusan yang sangat cemerlang dan masih terkejut dengan pencapaian sendiri.

“Saya tidak jangka langsung keputusan macam ni. Rasa macam terdiam, macam mana boleh jadi begini,” katanya.

Walaupun masih belum membuat keputusan muktamad, Danish berkata, dia mempertimbangkan untuk menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan di IPTA atau IPG, bergantung kepada rezeki dan tawaran yang diterima nanti.

“Saya minat kepada bidang berkaitan STEM, mungkin jurutera, mungkin guru – tengok pada peluang nanti.

“Saya ingin berterima kasih kepada ibu bapa saya yang beri masa dan ruang untuk saya belajar. Mereka banyak memberi dorongan dan semangat yang mereka beri sangat besar ertinya,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Dua cedera melecur dalam kebakaran lori bawa tong gas di Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular