HomeUtamaSletcher Myranda dinobat Unduk Ngadau Penampang 2025

Sletcher Myranda dinobat Unduk Ngadau Penampang 2025

Read Time:55 Second

Penampang: Sletcher Myranda Floyd berjaya dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan Daerah Penampang 2025 selepas menewaskan 13 peserta lain dalam pertandingan yang berlangsung di Buhavan Square, Donggongon, di sini baru-baru ini.

Kemenangan itu melayakkan Sletcher mewakili Penampang ke pertandingan akhir Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung pada 30 Mei ini.

Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000, sebuah trofi dan jambangan bunga, selain turut menerima gelaran Tati Topiodo (terbaik dalam personaliti dan penampilan).

Tempat kedua dimenangi Carrie Terence yang menerima hadiah wang tunai RM3,000, trofi dan jambangan bunga, manakala tempat ketiga disandang Dorna Mayra Michael yang turut menerima RM2,000, trofi dan jambangan bunga serta gelaran Tati Tosuau (terbaik dalam keanggunan dan kehalusan budi).

Majlis tersebut dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick.

Dalam ucapannya, Ewon berkata sambutan Pesta Kaamatan kali ini adalah simbol penyatuan rakyat berbilang kaum, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.

“Tema ‘Kaamatan Untuk Semua’ diharap dapat menyemarakkan semangat perpaduan dan toleransi dalam kalangan masyarakat, sekali gus memperkukuh keharmonian dan usaha membangunkan negara,” katanya. – FOTO DAVID ARAMAITII

RELATED ARTICLES
Utama

Dua cedera melecur dalam kebakaran lori bawa tong gas di Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular