HomeUtamaNurseri DBKK pacu revolusi hijau bandaraya Kota Kinabalu

Nurseri DBKK pacu revolusi hijau bandaraya Kota Kinabalu

Read Time:1 Minute, 32 Second

Kota Kinabalu : Nurseri Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) kini berjaya menjadi nadi baharu dalam pendidikan hijau, pemindahan ilmu hortikultur dan pemangkin keterlibatan komuniti dalam pelestarian bandar.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, nurseri DBKK juga telah berkembang sebagai sebuah ekosistem mini yang menggabungkan aspek pendidikan, inovasi, estetika dan kesedaran ekologi.

Katanya, ia juga menjadikannya sebagai contoh unggul kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain bukan sahaja di Sabah malah di seluruh negara.

“Dengan kepelbagaian aktiviti yang dianjurkan hari ini termasuk demonstrasi tanaman hidroponik oleh komuniti Kebun Bandar, lawatan pameran landskap, serta perasmian dua inisiatif baharu iaitu Mini Garden Nursery DBKK dan Kafeteria Nurseri DBKK, kita sedang memperkukuh asas kepada satu budaya baharu: budaya masyarakat bandar yang bukan sahaja menghargai kehijauan, tetapi juga bersedia untuk menjadi pelindung dan pemulih alam sekitar. 

“Pelbagai aktiviti menarik, antaranya ialah Pameran Landskap dan Hortikultur, Ceramah Landskap, Pertandingan Gubahan Bunga dan Pertandingan Hiasan Landskap,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Terbuka Nurseri DBKK di sini pada Jumaat.

Sabin berkata, usaha ke arah bandaraya hijau dan lestari adalah sebahagian daripada pelaksanaan dasar Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menekankan keseimbangan antara pembangunan ekonomi, pemeliharaan alam dan kesejahteraan rakyat. 

Katanya, pelan induk SMJ secara jelas menyeru kepada pengarusperdanaan kelestarian dalam pentadbiran negeri.

Menurutnya,  Nurseri DBKK bersama lapan buah Kebun Komuniti Bandar yang diwujudkan oleh DBKK, menjadi contoh konkrit bagaimana dasar boleh diterjemah menjadi tindakan nyata yang memberi impak terus kepada masyarakat. 

“Kebun komuniti yang dibangunkan ini bukan hanya menyumbang kepada keindahan persekitaran, tetapi juga menyokong kedaulatan makanan bandar, memperkukuh interaksi sosial, memperbaiki kesihatan mental melalui aktiviti berkebun, serta meningkatkan kesedaran terhadap biodiversiti tempatan. 

“Ini adalah pendekatan yang bersifat menyeluruh dan inklusif, selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 11 berkaitan pembangunan bandar dan komuniti yang mampan, selamat dan tangguh,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Utama

Program “Selangkah Ke Menara Gading 2025 & SMJ Dron 2025” buka...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular