HomeSukanLebih 1,000 peserta sertai larian 'Choco Rush'

Lebih 1,000 peserta sertai larian ‘Choco Rush’

Read Time:1 Minute, 20 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu : Lebih 1,000 peserta dari seluruh negara hadir menyertai acara larian lima kilometer ‘Choco Rush’ sempena penganjuran Pameran Koko Antarabangsa Malaysia (MICF) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Ahad.

Majlis pelepasan peserta disempurnakan Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin.

Chan dan Matbali bergambar bersama peserta larian yang mengenakan kostum bertemakan coklat

Hadir sama pada majlis pelepasan itu adalah Pengerusi Lembaga Koko Malaysia (LKM) Datuk Matbali Musah dan Ketua Pengarah LKM Datuk Dr Ramle Kasin.

Ketika ditemui, Chan berkata, acara itu diadakan bagi mempromosi industri koko dan coklat di Sabah dan Malaysia termasuk di peringkat antarabangsa.  

Antara peserta larian yang mencuri tumpuan apabila mengenakan kostum bertemakan coklat

Katanya, ia juga selaras dengan usaha menjadikan negara ini khususnya Sabah sebagai hab utama Koko dan Industri coklat di Asia. 

“Program hari ini merupakan Choco Rush dimana ianya merupakan satu program sampingam dibawah MICF. Kita lihat lebih 1,000 peserta hadir menyertai.

Peserta larian dilepaskan

“Dalam Fun Run pada pagi ini juga, ianya bertujuan bagi mempromosikan coklat dan koko di seluruh dunia, dia bukan sahaja untuk Sabah, dia bukan sahaja untuk Malaysia tapi untuk dunia bagi mengiktiraf Sabah sebagai salah satu hub untuk penanaman koko dan coklat industri di Asia ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Media dalam Program Choco Rush di SICC di sini. 

MICF 2025 telah memasuki hari kedua hari ini dengan lebih 3,000 pengunjung menghadiri pameran dan jumlah tersebut dijangka meningkat hari ini.

MICF akan berlangsung sehingga Selasa ini dengan pelbagai pameran dan pengisian yang menarik. –SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah FC umum tiga import baharu, dua pemain kembali perkuat pasukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular