HomeUtamaLelaki menyamar pegawai polis trafik ditahan

Lelaki menyamar pegawai polis trafik ditahan

Read Time:58 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

LAHAD DATU: Polis menahan seorang lelaki yang disenaraikan individu dikehendaki kerana menyamar sebagai pegawai polis trafik berjaya diberkas, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Jimmy Panyau, berkata suspek ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu bagi membantu siasatan kes penipuan membabitkan kemalangan jalan raya.

Menurut beliau, siasatan awal polis mendapati lelaki terbabit dipercayai menyamar sebagai pegawai trafik bagi menyelesaikan satu kes kemalangan yang melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Ladang Giram, Kunak pada 3 Februari lalu.

“Suspek telah menawarkan untuk menyelesaikan kes kemalangan tersebut dan meminta sejumlah wang pampasan daripada mangsa kononnya bagi kos pembaikan.

“Namun, mangsa mula curiga selepas mendapati suspek bukan anggota polis dan kemudian tampil membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semakan lanjut juga mendapati suspek disenarai hitam dan mempunyai dua rekod jenayah lampau yang melibatkan pelbagai kesalahan.

Suspek kini ditahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan permohonan reman akan dibuat hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya menerima sebarang tawaran penyelesaian kes daripada individu yang tidak dikenali.

RELATED ARTICLES
Utama

Program “Selangkah Ke Menara Gading 2025 & SMJ Dron 2025” buka...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular