HomeUtama‘Tinorindak Olisi’ serlah nilai komuniti, semangat Kaamatan

‘Tinorindak Olisi’ serlah nilai komuniti, semangat Kaamatan

Read Time:2 Minute, 26 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu: Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) hari ini tampil mempersembahkan sebuah filem pendek bertajuk ‘Tinorindak Olisi’ yang membawa maksud Mahkota Teristimewa sempena sambutan Pesta Kaamatan tahun ini.

Filem berdurasi lebih enam minit itu memaparkan sebuah kisah menyentuh hati tentang erti kejayaan seorang Unduk Ngadau Kaamatan yang tidak hanya diukur melalui gelaran namun kasih sayang, kebanggaan terhadap budaya serta jiwa yang cekal.

Pelancaran filem pendek PETRONAS sempena Pesta Kaamatan itu disempurnakan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan turut dihadiri Pengurus Besar Kanan, Komunikasi Strategik, Perhubungan dan Komunikasi Strategik Kumpulan PETRONAS Siti Azlina A Latif.

Ketika ditemui, Jeffrey yang juga Timbalan Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) berkata, filem pendek itu mempunyai satu mesej yang penting yang memaparkan kisah sebuah harapan seorang Unduk Ngadau Kaamatan.

Jeffrey menyampaikan hamper kepada penerima yang hadir

“Kita semua mungkin faham daripada cerita pendek itu yang mana seorang Unduk Ngadau yang mempunyai harapan besar untuk memenangi pertandingan dengan sokongan daripada keluarga dan komuniti.

“Dia dilihat kecewa dan harapan keluarga serta komuniti tidak tercapai sebab tidak berjaya dinobatkan sebagai juara namun dia telah buat yang terbaik dan ini sudah menjadi satu kebanggan bagi masyarakat dan keluarganya yang memberi sokongan 100 peratus.

“Inilah semangat dan inilah yang harus kita belajar apa lagi mereka yang mempunyai hasrat untuk menjadi Unduk Ngadau Kaamatan,” katanya.

Justeru, beliau bagi pihak Kerajaan negeri mengucapkan terima kasih atas peranan yang dimainkan PETRONAS bukan sahaja dalam pembangunan ekonomi tetapi juga kebajikan masyarakat.

Selain itu katanya, PETRONAS juga telah memberi banyak Latihan dan kesedaran tentang nilai-nilai kehidupan termasuk nilai-nilai yang ada dalam diri individu.

Pada majlis itu turut diadakan penyampaian barangan makanan asas dan pek perayaan kepada penerima yang terpilih dari kawasan Manggatal sempena program Memacu Kehidupan sempena Kaamatan.

Program yang dilancarkan awal bulan ini di Tambunan, menyantuni seramai 500 penerima dari kawasan Manggatal, Tambunan, Tongod, dan Kapayan, dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah selaku agensi pelaksana.

Dalam pada itu, Siti Azlina berkata, filem pendek itu mengingatkan Masyarakat bahawa kekuatan sebenar terletak pada sokongan dan perpaduan yang dikongsi sebagai sebuah komuniti, terutamanya dalam melangkah ke hadapan bersama.

“Melalui kisah ini, PETRONAS berharap dapat memberi inspirasi kepada kita semua untuk terus menyokong antara satu sama lain dalam perjalanan kita bersama menuju kejayaan,” katanya.

Program Memacu Kehidupan sempena perayaan adalah satu daripada usaha berterusan untuk membantu komuniti yang memerlukan semasa musim perayaan utama di Malaysia seperti Tahun Baru Cina, Aidilfitri, Kaamatan, Gawai, Deepavali, dan Krismas.

“Kita bukan saja meraikan semangat kebersamaan melalui filem web Kaamatan tapi menyerlahkan komitmen kami dalam menguatkan silaturahim dalam masyarakat.

 Daripada mengetengahkan budaya tempatan hinggalah kepada usaha menyemarakkan keceriaan perayaan bersama keluarga kurang berkemampuan, PETRONAS terus menghargai tradisi sambil membina masyarakat penyayang dan saling terhubung,” tambah Azlina.

Program Memacu Kehidupan sempena perayaan adalah satu daripada usaha berterusan untuk membantu komuniti yang memerlukan semasa musim perayaan utama di Malaysia seperti Tahun Baru Cina, Aidilfitri, Kaamatan, Gawai, Deepavali, dan Krismas. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Program “Selangkah Ke Menara Gading 2025 & SMJ Dron 2025” buka...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular