HomeUtamaPelajar perlu miliki kemahiran holistik, cemerlang akademik

Pelajar perlu miliki kemahiran holistik, cemerlang akademik

Read Time:1 Minute, 34 Second

Kota Kinabalu: Para pelajar khususnya di negeri ini perlu terus menguasai kemahiran insaniah, kecekapan teknologi dan pemikiran kritis serta kreatif selain memastikan kecemerlangan akademik dijaga.

Pengerusi Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Datuk Mohammad Arif Sakaran berkata, pelajar masa kini perlu bersedia melangkaui batasan tradisi pendidikan bagi membentuk hala tuju negara yang lebih progresif.

“Ilmu tidak lagi terbatas di bilik darjah. Ia berkembang merentasi sempadan geografi, bahasa dan budaya. 

“Justeru, kecemerlangan akademik perlu digandingkan dengan keupayaan berfikir secara kritis, kreativiti, serta penguasaan teknologi dan kemahiran insaniah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2024 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandaraya.

Mohammad Arif berkata, majlis seperti itu bukan sekadar mengiktiraf pencapaian pelajar, tetapi juga menghargai ketabahan, keazaman dan kerja keras yang ditunjukkan sepanjang tempoh pembelajaran.

“Kejayaan hari ini bukanlah noktah terakhir, sebaliknya permulaan kepada satu perjalanan yang lebih mencabar. Penghargaan juga wajar diberikan kepada para guru yang terus memartabatkan profesion perguruan hingga berjaya melahirkan modal insan berkualiti tinggi,” ujarnya.

Beliau turut menyeru para pelajar supaya tidak mudah berpuas hati, sebaliknya terus berusaha menjadi individu berilmu dan berbakti kepada masyarakat serta negara.

Sementara itu, Pengetua SMK Bandaraya, Rohani Ramlee, berkata keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 sekolah itu mencatat peningkatan memberangsangkan apabila 97.53 peratus calon layak menerima sijil, berbanding 95.34 peratus pada tahun sebelumnya.

“Selain kecemerlangan akademik, pelajar SMK Bandaraya turut menyerlah dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), serta sukan hingga ke peringkat negeri dan kebangsaan,” jelasnya.

Beliau berkata, kejayaan ini hasil sokongan padu semua pihak termasuk ibu bapa, komuniti setempat serta dedikasi guru yang sentiasa memperjuangkan pendidikan holistik.

Turut berlangsung adalah pada sebelah pagi adalah taklimat “Pengenalan Kepada NADI” dari NADI Bandar Putra, ⁠taklimat Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu bertajuk “Keselamatan Dalam Talian, kuiz kenegaraan yang dihadiri lebih 500 warga sekolah berkenaan.-

RELATED ARTICLES
Utama

Program “Selangkah Ke Menara Gading 2025 & SMJ Dron 2025” buka...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular