HomeUtamaDua pertubuhan Sabah meterai MoU bersama PEMADAM Kebangsaan

Dua pertubuhan Sabah meterai MoU bersama PEMADAM Kebangsaan

Read Time:1 Minute, 5 Second

CYBERJAYA: Dua pertubuhan dari Sabah, Pertubuhan Anak Seni Kebudayaan Kebangsaan Borneo dan Sabah Extreme Sports Association, menzahirkan komitmen dalam usaha membanteras rokok dan dadah apabila memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Kebangsaan.

Majlis pemeteraian sempena Persidangan Kawalan Tembakau Kebangsaan 2025 di Universiti Cyberjaya itu dirasmikan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Secara keseluruhan, sebanyak 17 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh negara turut menandatangani MoU bersama PEMADAM sebagai sokongan terhadap pelaksanaan Program Inisiatif Kesihatan Paru-Paru Kebangsaan (NLHI).

Program tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran tentang gaya hidup sihat bebas rokok dan dadah, khususnya dalam kalangan belia menerusi pendekatan seni budaya serta sukan ekstrem.

Presiden Pertubuhan Anak Seni Kebudayaan Kebangsaan Borneo, Datin Aynna Faridah Mohd Said, dan Presiden Sabah Extreme Sports Association, Mark Warrein Joimol, berkata pihak mereka komited untuk mendekati komuniti dengan pendekatan berasaskan nilai tempatan serta belia yang progresif dan inklusif.

Sementara itu, Penasihat Strategik dan Perhubungan Kerajaan menuju SDG2030 PEMADAM, Datuk Rona Merlinda, menjelaskan bahawa pemeteraian ini memperkukuh kerjasama antara NGO dan agensi kesihatan serta menyokong pendekatan holistik dalam agenda pembangunan komuniti.

“Usaha ini selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya (SMJ) dan Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (SDG2030),” katanya.

Majlis turut menyaksikan pelancaran maskot rasmi Pak Lung, simbol kesepaduan dan perjuangan berterusan ke arah merealisasikan Negara Bebas Rokok 2040.

RELATED ARTICLES
Utama

Dua warga asing cuba lari dari polis ditahan positif dadah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular