HomeUtamaKapal laut ikan musnah terbakar di hadapan pasar SAFMA

Kapal laut ikan musnah terbakar di hadapan pasar SAFMA

Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Sebuah kapal laut ikan musnah sepenuhnya dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di perairan hadapan Pasar SAFMA di sini awal pagi tadi.

Menerusi kenyataan hari ini, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 3.56 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira dua kilometer dari balai.

Seramai 15 anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan II Judy Trisna menjalankan operasi pemadaman.

Pasukan bomba menggunakan satu aliran sepanjang 100 kaki dengan dua pancutan daripada sumber air terbuka (air laut), selain bantuan buih pemadam (foam) dan pam angkut bagi mengawal kebakaran.

Komander operasi melaporkan api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 9.52 pagi, manakala operasi ditamatkan kira-kira sejam kemudian setelah memastikan tiada bahaya lain wujud di kawasan kejadian.

Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Operasi turut melibatkan kerjasama beberapa agensi lain termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta bantuan orang awam.

RELATED ARTICLES
Utama

Dua cedera melecur dalam kebakaran lori bawa tong gas di Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular