HomeUtamaLelaki maut terkena renjatan elektrik ketika ambil buah mangga guna batang besi

Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika ambil buah mangga guna batang besi

Read Time:50 Second

PAPAR: Seorang lelaki berusia 42 tahun maut selepas terkena renjatan elektrik ketika cuba mengambil buah mangga menggunakan sebatang besi dalam kejadian di Kampung Bambangan, petang tadi (8 Jun).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 3.08 petang.

Menurut Komander Operasi, siasatan awal mendapati mangsa memanjat pokok mangga dan menggunakan sebatang penjolok besi untuk mengambil buah tersebut.

“Bagaimanapun, batang besi yang digunakan mangsa dipercayai telah tersentuh kabel elektrik berhampiran, menyebabkan mangsa terkena renjatan elektrik dan tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Pasukan bomba kemudiannya bertindak menurunkan mangsa dari atas pokok menggunakan tangga dan tali penyelamat, selepas bekalan elektrik diputuskan oleh pihak Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity).

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi ditamatkan sepenuhnya kira-kira jam 4.00 petang selepas pihak bomba memastikan kawasan kejadian selamat daripada sebarang bahaya.

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki terlepas hukuman mati, digantikan dengan penjara seumur hidup

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular