HomeUtamaPolis tahan suspek kes penipuan isi minyak tanpa bayar

Polis tahan suspek kes penipuan isi minyak tanpa bayar

Read Time:1 Minute, 17 Second

Oleh Siiti Nor Azizah Talata

TAWAU: Seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun berjaya diberkas pihak berkuasa polis Tawau kerana disyaki terlibat dalam kes penipuan pengisian minyak tanpa bayaran, di sini semalam.

Suspek ditahan oleh sepasukan polis dari Unit Kereta Peronda (MPV), Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner (ACP) Jasmin Hussin berkata, dalam kejadian pada pukul 1.45 pagi itu anggota polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai sebuah kenderaan mencurigakan yang berada di belakang sebuah premis dobi di pusat bandar Tawau.

Beliau menambah, anggota polis segera ke lokasi dan menemukan sebuah kenderaan jenis Toyota di kawasan tersebut dengan seorang lelaki di dalamnya.

“Hasil pemeriksaan mendapati suspek terlibat dalam kejadian mengisi minyak kenderaan tanpa bayar di beberapa buah stesen minyak sekitar bandar Tawau.

“Suspek ditahan dan kenderaan yang digunakan turut dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.

Menurut Jasmin, siasatan awal menunjukkan suspek dipercayai mengisi minyak tanpa membuat bayaran di beberapa stesen minyak sekitar Tawau sebelum meninggalkan premis terbabit.

Kata beliau lagi, perbuatan tersebut bukan sahaja melanggar undang-undang tetapi juga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengusaha stesen minyak.

Jasmin berkata, ujian saringan awal air kencing suspek menunjukkan keputusan negatif bagi pengambilan dadah.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Ujar beliau, pihak polis mengucapkan terima kasih kepada orang awam atas maklumat yang disalurkan dan menyeru masyarakat terus bekerjasama bagi mengekalkan keselamatan dan ketenteraman awam.

RELATED ARTICLES
Utama

Program “Selangkah Ke Menara Gading 2025 & SMJ Dron 2025” buka...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular