HomeUtamaWanita dan Beliawanis Gagasan Rakyat Api Api siap siaga hadapi PRN17

Wanita dan Beliawanis Gagasan Rakyat Api Api siap siaga hadapi PRN17

Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: Wanita Gagasan Rakyat Api Api menyatakan komitmen penuh untuk menyokong calon yang akan ditentukan oleh pucuk pimpinan parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.

Ketua Wanita Gagasan Rakyat Api Api, Salmi Sarinoh berkata, pihaknya akan terus berdiri teguh di belakang segala keputusan parti. Menurutnya, calon yang dipilih oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pasti merupakan individu terbaik untuk membawa suara rakyat serta memperjuangkan nasib masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Api Api.

“Kita mesti bijak menilai, terus fokus kepada kerja parti dan tidak melayan provokasi yang hanya bertujuan memecah-belahkan kesatuan kita. Ingatlah bahawa kekuatan kita bukan hanya pada bilangan, tetapi pada kesetiaan, keikhlasan dan keteguhan pendirian dalam mempertahankan perjuangan parti,” katanya.

Beliau turut menyeru agar jentera wanita memperkukuh kekuatan dalaman, menyusun gerak kerja secara strategik dan tampil berani demi memastikan kemenangan parti di DUN Api Api.

Salmi berkata demikian ketika berucap dalam Persidangan Wanita dan Beliawanis Gagasan Rakyat Api Api yang diadakan di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Beliawanis Gagasan Rakyat Api Api, Emmie Datuk Martin Idang menyatakan bahawa walaupun kerusi Api Api bukan milik rasmi Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) ketika ini, kawasan tersebut tetap merupakan medan strategik untuk menyebarkan pengaruh serta dasar perjuangan parti kepada masyarakat bandar.

“Kehadiran dan gerak kerja kita di sini membantu memperkenalkan Gagasan Rakyat sebagai parti inklusif dan prihatin kepada semua golongan sama ada di bandar mahupun luar bandar,” katanya.

Tambahnya, bahagian Api Api berpotensi menjadi pusat penyebaran maklumat dan sokongan bagi kawasan lain, memandangkan ramai penduduknya berasal dari luar daerah.

“Apabila kita dekati mereka di bandar, secara tidak langsung kita turut mendekati keluarga serta kenalan mereka di kampung halaman.

“Sokongan yang dipupuk di sini boleh menjalar ke seluruh Sabah. Inilah peranan kita sebagai agen penyampaian dan perubahan dalam menyebar maklumat, polisi dan inisiatif Kerajaan di bawah pimpinan YAB Presiden kita,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki terlepas hukuman mati, digantikan dengan penjara seumur hidup

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular