HomeUtamaKKM perkukuh sistem kesihatan di Sabah

KKM perkukuh sistem kesihatan di Sabah

Read Time:51 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memberi fokus utama kepada beberapa perkara bagi memperkasa sistem kesihatan di negeri Sabah.

KKM dalam satu kenyataan di sini memaklumkan, antara yang akan diberi fokus utama adalah naik taraf kemudahan kesihatan, Digitalisasi Sistem Kesihatan (EMR) dan penyelesaian isu perkhidmatan di kawasan pedalaman.

Perkara itu dinyatakan pada Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Kesihatan Sabah Bil. 2/2025 yang berlangsung di sini pada Khamis.

Mesyuarat itu dipengerusikan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dan turut dihadiri bersama Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Selain itu, komitmen Kerajaan Madani di Sabah turut diberi perhatian termasuklah prihatin dan peka terhadap keperluan rakyat luar bandar selain memberi komitmen tinggi dalam menyampaikan perkhidmatan kesihatan berkualiti.

Kerajaan Madani turut memberi fokus kepada akses kesihatan menyeluruh termasuk penduduk di kawasan sukar capai.

Hadir sama pada mesyuarat itu, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib dan  Peguam Besar Negeri Sabah Datuk Brenndon Keith Soh. – SABAH MEDIA / FOTO KKM

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah perkukuh akses pendidikan berkualiti, lebih 100 pelajar cemerlang diraikan esok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular