HomePolitikPRN Sabah : PH akan mulakan rundingan dengan GRS

PRN Sabah : PH akan mulakan rundingan dengan GRS

Read Time:1 Minute, 9 Second

Kota Kinabalu: Pakatan Harapan (PH) dijangka akan memulakan perbincangan dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhubung kerjasama politik bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) pada masa terdekat.

Perkara itu disahkan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Datuk Mustapha Sakmud.

Katanya, ketika ini PH sudah memulakan rundingan mengenai perkara yang sama dengan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, rundingan bersama parti komponen PH Sabah juga masih diteruskan bagi memuktamadkan agihan kerusi masing-masing sebelum dirundingkan dengan BN dan GRS.

“Kita sedang buat perundingan. Sekarang ini di peringkat PH pun kita teruskan, manakala rundingan dengan BN juga kita sudah mulakan. 

“Selepas ini kita akan berbincang dengan GRS, itu di peringkat PH. Yang lain itu kita minta mereka berbincang sesama sendirilah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Sabah di Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini, pada Sabtu.

Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, perbincangan dengan GRS dan BN itu sejajar arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi PH dan Presiden PKR agar rundingan kerjasama PRN17 membabitkan PH, BN dan GRS.

“Tapi yang kita terima daripada presiden parti sendiri, PH dan juga Parti Keadilan, meminta kita berunding dengan BN dan juga GRS,” katanya.

Pada masa ini, GRS menyatakan keutamaan kerjasama politik akan diteruskan dengan parti yang membentuk kerajaan negeri ketika ini, iaitu GRS dan PH. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

Tempoh Ketua Menteri Sabah dicadang dihadkan dua penggal berturut, GRS mahu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular