HomeUtamaDua lelaki dipenjara, didenda berhubung harta curi

Dua lelaki dipenjara, didenda berhubung harta curi

Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Dua orang lelaki masing-masing dijatuhi hukuman 10 bulan penjara dan didenda RM2,000 atau, atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas kesalahan berhubung barang curi.

Rosaime Rosli @ Jeres dan Mohamad Nazrul Askan membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus.

Bagi kes Rosaime, tertuduh secara curang telah melupuskan harta curi iaitu sebuah enjin motosikal jenis Honda EX5 milik seorang lelaki pada 20 Ogos 2024, jam lebih kurang 5.40 pagi, bertempat di sebuah rumah tidak bernombor di Kg. Teguri, Putatan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari enam bulan dan tidak lebih dari tujuh tahun serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Fakta kes menyatakan, pengadu yang hendak pergi menunaikan solat di Surau Kg. Tugu Peringatan mendapati motosikal yang diletakkan di hadapan rumah telah tiada dan disyaki telah dicuri pada 23 Julai 2024, jam 4.50 pagi. Pengadu kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Dalam kes Mohamad Nazrul, tertuduh dengan curangnya telah memiliki harta curi iaitu sebuah telefon bimbit iPhone 11, sekeping kad MyDebit, dan sebuah beg silang milik seorang lelaki pada 22 Mei lalu, jam lebih kurang 9 malam, bertempat di kawasan tempat letak kereta berhadapan Pasar Malam UUC, Manggatal.

Dia didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Laporan polis telah dibuat pada 22 Mei lalu selepas pengadu yang bangun tidur di bilik sewa mendapati barangan miliknya telah hilang.

RELATED ARTICLES
Utama

578 ladang di Sabah terima pensijilan myGAP, 34 ladang terima pensijilan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular