HomeUtamaPolis giat jejaki suspek khianat kabel tular di media sosial

Polis giat jejaki suspek khianat kabel tular di media sosial

Read Time:48 Second

PENAMPANG: Polis kini giat menjejaki seorang suspek kes khianat terhadap kabel di sebuah kampung di daerah Penampang, selepas video insiden itu tular di media sosial sejak awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung kejadian itu hari ini (16 Jun).

“Menerusi hantaran beberapa video pendek yang dimuat naik di sebuah laman komuniti Facebook, kelihatan seorang individu sedang menarik kabel dipercayai perbuatan khianat.

“Siasatan masih dijalankan dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Anis Abdullah di talian 013-6365734.

Polis turut menasihatkan masyarakat agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih di mana-mana platform media sosial kerana ia boleh mengganggu siasatan serta menimbulkan kegusaran awam.

RELATED ARTICLES
Utama

578 ladang di Sabah terima pensijilan myGAP, 34 ladang terima pensijilan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular