HomeUtama53 kakitangan JHEAINS ditawarkan lanjut pengajian di UMS mulai tahun ini

53 kakitangan JHEAINS ditawarkan lanjut pengajian di UMS mulai tahun ini

Read Time:1 Minute, 28 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu : Seramai lebih 50 kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama di Universiti Malaysia Sabah (UMS) bermula pada tahun ini.

Pengarah JHEAINS Datuk Jumain Abdul Ghani berkata, kakitangan yang layak akan mengikuti pengajian dalam bidang Pengajian Islam dan Usuluddin Syariah yang akan bermula pengambilan pertama September depan.

“Seramai 53 kakitangan JHEAINS yang sudah lama berkhidmat di JHEAINS layak untuk diberikan peluang melanjutkan pelajaran ke UMS dalam bidang Pengajian Islam dan Usuluddin Syariah.

Pengarah JHEAINS Datuk Jumain Abdul Ghani

“Kerjasama erat antara JHEAINS dan UMS maka termeterailah usaha ini dan program ini akan berterusan sehinggalah semua kakitangan JHEAINS yang layak mendapat ijazah.  Ini akan kita selesaikan dan berikan kepada kakitangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) JHEAINS 2024 di sini pada Selasa.

Majlis disempurnakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif dan turut dihadiri Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam.

Jumain berkata, usaha itu juga turut mendapat sokongan Kerajaan negeri selain akan berusaha untuk mendapatkan tajaan menerusi Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) kepada kakitangan yang layak.

“Kita akan berusaha untuk memohon bantuan TPNS sebagai dermasiswa atau apa sahaja yang bersesuaian bagi membolehkan kakitangan terlibat dapat menghabiskan pengajian sepenuhnya,” katanya.

Terdahulu, mengenai APC, Jumain berkata, seramai 70 kakitangan JHEAINS melibatkan 40 penerima APC dan 30 orang penerima Anugerah Khas dipilih menerima anugerah pada majlis itu.

Katanya, mereka yang terpilih melibatkan kakitangan berstatus VOT Terbuka dan berjawatan tetap.

“Anugerah ini adalah sebagai pengiktirafan kepada kakitangan yang telah menunjukkan prestasi yang baik sepanjang tahun dan mereka ini sebenarnya masih ramai yang terbaik.

“Tetapi disebabkan kouta yang ditetalkan terhad, kita akan berikan dimasa-masa akan datang,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Persatuan Alumni KTYS terus aktif perkasa peranan bekas pelajar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular