HomePolitikGRS-PH hampir pasti bentuk kerjasama hadapi PRN17 – Masiung

GRS-PH hampir pasti bentuk kerjasama hadapi PRN17 – Masiung

Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU: Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Masiung Banah membayangkan kerjasama antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) hampir pasti menjadi kenyataan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).

Menurutnya, keyakinan itu berdasarkan kenyataan berulang kali oleh Ketua Menteri merangkap Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor yang menyuarakan hasrat untuk bekerjasama dengan PH.

“Dalam masa sama, PH Sabah turut menyatakan sokongan terhadap kepimpinan dan pentadbiran Ketua Menteri yang juga pengerusi GRS,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Tahunan Gagasan Rakyat Bahagian Inanam yang dipengerusikan Datuk Dr Roland Chia di Dewan Masyarakat Menggatal, kelmarin.

Bagaimanapun, katanya, kerjasama antara kedua-dua gabungan itu hanya akan dimuktamadkan dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi GRS yang dijangka diadakan dalam masa terdekat.

“Jika kerjasama ini dimuktamadkan, GRS dan PH bakal membentuk jentera bersama di setiap daerah bagi memastikan kemenangan calon muafakat GRS dalam PRN-17,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut itu menegaskan bahawa GRS turut berkongsi pendirian dengan Barisan Nasional (BN) untuk tidak menjalinkan kerjasama dalam PRN akan datang.

Masiung turut menyatakan keyakinan bahawa kerjasama GRS dan PH dalam kabinet negeri ketika ini berjalan baik dan menjadi asas kepada kestabilan politik di Sabah.

“Gagasan Rakyat di bawah pimpinan Hajiji bersedia menjadi perisai di barisan hadapan bagi memastikan kemenangan calon muafakat GRS dalam PRN-17 nanti,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

578 ladang di Sabah terima pensijilan myGAP, 34 ladang terima pensijilan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular