HomeUtamaDua acara besar bakal berlangsung di Keningau hujung bulan ini

Dua acara besar bakal berlangsung di Keningau hujung bulan ini

Read Time:52 Second

Keningau: Dua acara utama negeri, The Crocker Range Festival Musim Kelapan dan Karnival PMKS Zon Keningau 2025 bakal berlangsung selama empat hari bermula 26 Jun ini.

Acara yang bakal mencipta sejarah itu akan berlangsung di Dataran Keningan dengan bertemakan sinergi budaya dan keusahawanan.

Penganjuran program itu juga dijangka menjadi antara program pelancongan dan komuniti terbesar di pedalaman Sabah yang akan menghimpunkan elemen seni, budaya dan keusahawanan tempatan.

Pegawai Daerah Keningau, Peter J. Moinjil dan Pengerusi Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Keningau, Rafie Robert, bersama wakil kementerian berkaitan, telah mempengerusikan mesyuarat penyelarasan acara pada 16 Jun lalu.

Menurut Rafie, festival ini mempromosikan Keningau sebagai destinasi pelancongan baharu, manakala karnival PMKS memberi tumpuan kepada pengembangan pasaran usahawan tempatan.

Katanya, gabungan itu diyakini mampu memberi impak besar kepada pelancongan dan ekonomi setempat selaras dengan Pelan Strategik Sabah Maju Jaya (SMJ).

Majlis perasmian rasmi akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Noor, pada 28 Jun jam 10 pagi.

Orang ramai dari seluruh Sabah dijemput hadir memeriahkan acara ini sebagai lambang perpaduan dan semangat keusahawanan rakyat negeri ini.

RELATED ARTICLES
Utama

578 ladang di Sabah terima pensijilan myGAP, 34 ladang terima pensijilan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular