HomeUtamaWanita rentung, suami cedera dalam kebakaran premis jual petrol di Beluran

Wanita rentung, suami cedera dalam kebakaran premis jual petrol di Beluran

Read Time:51 Second

BELURAN: Seorang wanita ditemukan rentung manakala suaminya cedera dalam kebakaran sebuah premis perniagaan menjual petrol di Kampung Nangoh, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Hasan Majid berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian kira-kira jam 9.40 pagi sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi.

“Siasatan awal mendapati kebakaran bermula dari premis yang menyimpan bahan mudah terbakar, menyebabkan api marak dengan pantas dan memusnahkan struktur bangunan kayu berkenaan.

“Mangsa wanita berusia 58 tahun ditemukan rentung dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala suaminya yang berusia 60 tahun mengalami kecederaan melecur pada 46 peratus anggota badan termasuk muka dan tangan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, mangsa lelaki dihantar ke Hospital Beluran untuk rawatan, manakala mayat isterinya dibawa ke Hospital Sandakan untuk proses bedah siasat.

Tambahnya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran kes mati mengejut (SDR).

“PDRM menasihatkan semua pengusaha premis, khususnya yang menyimpan bahan mudah terbakar, agar sentiasa mematuhi tahap keselamatan bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

578 ladang di Sabah terima pensijilan myGAP, 34 ladang terima pensijilan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular