HomeUtamaJahid Jahim dahului senarai penerima darjah kebesaran Sabah

Jahid Jahim dahului senarai penerima darjah kebesaran Sabah

Read Time:1 Minute, 37 Second

Kota Kinabalu : Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim mendahului senarai penerima darjah kebesaran negeri Sabah sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-74 Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman esok.

Jahid adalah antara empat penerima darjah kebesaran tertinggi negeri Sabah, Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.

Turut menerima SPDK ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Ahli Jawatankuasa Badan Penasihat Khas Menteri Kewangan Datuk Ahmad Fuad Md Ali dan usahawan Datuk Lim Yu Ming.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan Jannie Lasimbang; Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Dr Fuziah Salleh tersenarai antara penerima darjah kebesaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk.

Turut tersenarai menerima PGDK adalah Pengarah Taman- Taman Sabah (TTS) Dr Maklarin Lakim; Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Dr Maria Suleiman; Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Mohd Joehari Mohd Ayub; Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Ramlan Awang Ali dan Pengarah Eksekutif Operasi Lembaga Tabung Haji Mohamed Ameen S M A Abdul Wahab.

Sementara itu, seramai 17 pengamal media negeri Sabah turut menerima darjah kebesaran antaranya wartawan veteran Imin @ Emin Madi yang menerima pingat PGDK; Jason Edgar Santos (Ahli Darjah Kinabalu – ADK); Stephanie Lee (Bintang Setia Kinabalu – BSK); Azman Jumat (BSK); Dr Diana Dominic (BSK); Larry Laron (BSK); Normimie Diun (BSK); Jenne Lajiun (BSK); Zamain Singkui (BSK); Sherell Ann (BSK); Nancy Lai (ADK); Yong Ted Phen (ASDK); Salmariwaya Sali (BSK); Marutin Ansiung (ADK); Julia Chan (ADK); Abdul Hafiz Mustadi (BSK) dan Fadzli Ramli (ADK).

Secara keseluruhan seramai 78 individu menerima PGDK manakala seramai 100 orang menerima Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK); diikuti 181 orang menerima Ahli Darjah Kinabalu (ADK); seramai 248 orang menerima Bintang Setia Kinabalu (BSK), 285 orang menerima Bintang Kinabalu (BK), 109 orang menerima Sijil Kehormat, manakala 10 orang menerima Jaksa Pendamai. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Yong Gesa Kerajaan Sabah Gantikan Jabatan Air Dengan Badan Berkanun Baharu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular