HomeUtamaIbu tunggal syukur terima rumah percuma dibawah inisiatif rumah SMJ

Ibu tunggal syukur terima rumah percuma dibawah inisiatif rumah SMJ

Read Time:1 Minute, 48 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Harapan untuk memiliki kediaman sendiri akhirnya menjadi kenyataan buat seorang ibu tunggal, Norliza Suliman, 34, apabila permohonannya di bawah program Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) berjaya, membolehkan beliau sekeluarga memiliki rumah tanpa sebarang bayaran.

Rumah SMJ yang telah siap di kawasan DUN Apas dan bersedia untuk didiami. – Foto Ihsan Japen

Norliza, yang mempunyai tiga orang anak, menyatakan rasa syukur dan terima kasih atas keprihatinan kerajaan negeri terhadap golongan kurang berkemampuan, terutama ibu tunggal sepertinya.

Norliza bersama anak-anak beliau gembira menerima rumah baru mereka menerusi program inisiatif SMJ. – Foto Ihsan Japen

“Saya mohon pada bulan Disember tahun lalu melalui Majlis Perbandaran Tawau (MPT), dan alhamdulillah rumah telah disiapkan dalam tempoh yang singkat. Selama ini saya hanya mampu bermimpi kerana kos bina rumah sangat tinggi, tetapi dengan bantuan ini, saya tak perlu keluarkan apa-apa bayaran,” katanya ketika ditemui.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor atas inisiatif Rumah SMJ yang memberi peluang kepada rakyat seperti dirinya untuk memiliki kediaman selesa.

Bagi ibunya, Khatijah Mingkilan, 63, bantuan ini memberi sinar harapan baharu buat keluarga mereka yang sebelum ini tidak mampu membina rumah kerana kekangan kewangan.

“Saya sangat bersyukur kepada Allah SWT dan berterima kasih kepada pihak kerajaan. Sekarang semua barang mahal. Anak saya pun kerja, tapi gaji tak cukup untuk bina rumah. Syukur ada bantuan macam ini,” ujarnya penuh terharu.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, sebanyak 60 buah rumah SMJ diperuntukkan untuk kawasan DUN Apas dan hampir kesemuanya telah siap dibina.

“Daripada 60 buah rumah, hanya dua sahaja yang belum siap disebabkan isu teknikal berkaitan keadaan tanah. Rumah SMJ ini perlukan tanah yang rata, jadi ada proses penyelarasan tambahan,” katanya selepas menyerahkan kunci rumah kepada penerima di Kampung Inderasabah, Wakuba dan Kuala Balung, dekat sini. semalam.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Ketua Menteri atas keprihatinan dan usaha menjayakan inisiatif SMJ yang dilihat benar-benar memberi impak kepada rakyat.

Program Rumah SMJ merupakan antara inisiatif kerajaan negeri Sabah untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan miskin, khususnya mereka yang mempunyai tanah sendiri tetapi tidak berkemampuan membina rumah kediaman.

RELATED ARTICLES
Utama

578 ladang di Sabah terima pensijilan myGAP, 34 ladang terima pensijilan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular