HomeUtama13 pelajar UMS mungkin digantung, buang universiti di bawah AUKU

13 pelajar UMS mungkin digantung, buang universiti di bawah AUKU

Read Time:40 Second

Kota Kinabalu: Seramai 13 pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang dikenal pasti terlibat dalam perhimpunan ‘Gempur Rasuah 2.0’ baru-baru ini berkemungkinan akan berdepan tindakan tatatertib termasuk penggantungan atau dibuang universiti mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012 (AUKU).

Memetik laporan Daily Express di sini pada Isnin, Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr Kasim Mansor berkata, dari jumlah itu hanya dua pelajar didapati terlibat secara langsung dalam tindakan membakar karikatur Perdana Menteri.

Menurutnya, tindakan itu satu perbuatan yang dikecam keras oleh pihak universiti.

Katanya, satu jawatankuasa tatatertib yang terdiri daripada ahli akademik yang dilantik akan dibentuk dalam masa terdekat bagi menyiasat perkara itu dan menentukan tindakan yang sesuai mengikut peruntukan AUKU.

Jawatankuasa tersebut akan memanggil setiap pelajar secara individu untuk memberikan penjelasan berkenaan insiden yang berlaku semasa perhimpunan pada Ahad lalu.

RELATED ARTICLES
Utama

Yong Gesa Kerajaan Sabah Gantikan Jabatan Air Dengan Badan Berkanun Baharu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular