HomeUtama20 program meriahkan Karnival MANA

20 program meriahkan Karnival MANA

Read Time:51 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 20 program akan berlangsung sempena Karnival Madani Nan Abadi (MANA) yang akan bermula di Tuaran.

Ketua Pengarah DBP, Dr. Hazami Jahari berkata tema sambutan tahun ini ‘Semangat Obor Nan Abadi’ sinonim dengan perjuangan memartabatkan bahasa dan kesusasteraan yang sentiasa menyala dan berkobar. 

“Sambutan yang julung kali diadakan di Sabah ini merupakan tanda penghargaan dan terima kasih DBP kepada Kerajaan Negeri Sabah yang sentiasa membantu dalam memartabatkan program-program bahasa kebangsaan dan kesusasteraan Melayu.

“Program-program yang akan diadakan juga bakal melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah selain pelajar IPTA” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, di sini pada Isnin.

Hazami memaklumkan, kunjungan tersebut bertujuan menjemput Tun Musa hadir ke Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-69 Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, Sabtu ini.

Tambahnya, bersempena Kepengerusian Sidang ASEAN, pihaknya juga menjemput para penyair dari negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Singapura.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah perkukuh akses pendidikan berkualiti, lebih 100 pelajar cemerlang diraikan esok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular