HomeUtamaWanita Muda diseru jadi agen perpaduan, bukan pemecah belah politik

Wanita Muda diseru jadi agen perpaduan, bukan pemecah belah politik

Read Time:1 Minute, 26 Second

Kota Kinabalu : Golongan belia khususnya Wanita muda diseru untuk tampil sebagai agen penyatu yang membawa obor perpaduan dan tidak menjadi pemecah belah dalam perjuangan politik di negeri ini.

Ketua Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Darau Nur Fatin Syafiqah Mohmad Wahid berkata, penyertaan aktif golongan wanita muda dalam politik amat penting demi membina masa depan yang lebih inklusif, seimbang dan progresif.

“Beliawanis bukan hanya membantu di belakang tabir, tetapi bersedia menjadi pemimpin barisan hadapan, menyampaikan suara wanita muda, memperjuangkan hak dan membina Darau yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perasmian Persidangan Sayap Gagasan Rakyat Darau di Pusat Konvensyen Antabangsa Sabah (SICC), di sini baru-baru ini.

Nur Fatin turut mengingatkan agar anak muda tidak menjadi alat kepada pihak luar yang berniat jahat menyebarkan fitnah dan memesongkan fakta dalam suasana politik yang semakin mencabar.

“Jangan sampai pemimpin kita menjadi buta dan tuli terhadap jeritan hati rakyat kerana kritikan itu tanda peduli. Jangan hanya manis di pentas tetapi tawar di dasar,” katanya.

Dalam ucapannya, Nur Fatin turut mengumumkan sokongan padu Beliawanis Darau kepada Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Darau, Datuk Mohamed Razali Mohamed Razi sebagai calon bagi DUN Darau pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

“Datuk Razali bukan asing bagi kita. Beliau sentiasa bersama rakyat, tegas memperjuangkan isu masyarakat dan prihatin terhadap generasi muda. Beliau calon yang dihormati dan dipercayai,” katanya.

Ucapan beliau turut mengangkat peranan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang disifatkan sebagai pemimpin berwibawa dan berjaya membawa kestabilan politik serta membuka ruang kepada wanita dan belia untuk menyumbang dalam pembangunan negeri.

Terdahulu, Majlis perasmian persidangan sayap parti itu dihadiri lebih 1,200 ahli dari seluruh kawasan Darau, membuktikan kekuatan dan kesepaduan akar umbi parti menjelang PRN17. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

578 ladang di Sabah terima pensijilan myGAP, 34 ladang terima pensijilan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular