Kota Kinabalu : Sabah FC mengekalkan 15 pemain musim lalu bagi membawa cabaran skuad The Rhinos bagi menghadapi musim baharu Liga Malaysia 2025/2026.
Antara yang dikekalkan termasuklah penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat; Damien Lim; lima pemain pertahanan iaitu Dominic Tan; Rawilson Batuil; pemain import Gabriel Peres; Daniel Ting dan Dines Rajasingam.
Turut dikekalkan beberapa pemain tengah, antaranya Stuart Wilkin; Gary Steven; Farhan Roslan dan pemain import Miguel Cifuentes.
Selain itu, turut kekal adalah penyerang Darren Lok; Kumaahran dan Jafry Chew selain tiga pemain import baharu iaitu Ajdin Mujagic (penyerang); Dean Pelekanos (pemain tengah) dan Dane Ingham (pertahanan).
Seorang lagi pemain warisan Fergus Tierney turut disenaraikan Sabah musim ini bagi menguatkan bahagian serangan.
Fergus sebelum ini merupakan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dan merupakan sebahagian daripada skuad kebangsaan Malaysia.
Sabah turut memanggil semula penjaga gol Ramzi Mustakim selain menambah seorang lagi penjaga gol baharu Azlizan Azlan yang sebelum ini menyertai pasukan Sabah FC bawah 23 tahun.
Sementara itu, tujuh pemain bawah 23 tahun turut disenaraikan musim baru antaranya, Rozacklye Yanam; Fakrul Iman; Rusdi Roslan; Shahrol Nizam. Ritchie Svenson; Harith Naem dan Azhad Harraz.
Sabah sebelum ini mengumumkan pemain baharu Maxsius Musa yang kembali menyarung jersi pasukan dan Badrul Affendy telah menarik diri daripada tawaran kontrak yang dikemukan Sabah FC. – SABAH MEDIA