HomeUtamaPPDK, PPKI terima sumbangan Mutiara GRS

PPDK, PPKI terima sumbangan Mutiara GRS

Read Time:48 Second

Ranau : Satu Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) dan tiga buah sekolah menengah menerusi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) menerima sumbangan Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Sabah (Mutiara GRS).

Sumbangan tersebut disampaikan Yang Dipertua Mutiara GRS, Datin Seri Juliah Salag dalam Ziarah Amal Mutiara GRS ke PPDK Ranau di sini, pada Selasa.

Juliah berkata, sumbangan itu adalah sebagai tanda prihatin dan sokongan Mutiara GRS kepada golongan kurang upaya.

Beliau berharap agar sumbangan tersebut akan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban institusi-institusi yang terlibat.

Antara penerima sumbangan ialah PPDK Ranau, PPKI Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)’Bundu Tuhan, PPKI SMK Kundasang, PPKI SMK Mat Salleh serta Rumah Putera Harapan Ranau.

Hadir sama, Naib Yang Dipertua II Mutiara GRS Datin Seri Linda Ewit, Naib Yang Dipertua III Mutiara GRS Datin Dg. Siti Noor Hayyat Ag Mohd Saufi, Pegawai Daerah Tinus Manggam dan Pengerusi PPDK Jabay@ Jaibie Surugau.

Turut diadakan, lawatan sambil belajar Mutiara GRS ke Ladang Tenusu Desa Cattle.

RELATED ARTICLES
Utama

578 ladang di Sabah terima pensijilan myGAP, 34 ladang terima pensijilan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular