HomeUtamaSTPM 2024 : 146 calon raih PNGK 4.00 di Sabah

STPM 2024 : 146 calon raih PNGK 4.00 di Sabah

Read Time:1 Minute, 23 Second

Kota Kinabalu : Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024 di Sabah mencatat peningkatan apabila seramai 146 orang calon berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin berkata, jumlah itu mencatat peningkatan seramai 16 calon berbanding 130 calon yang menduduki STPM pada 2023.

“Dari segi pencapaian PNGK calon, secara  keseluruhannya didapati bilangan calon dan peratusan longgokan calon STPM 2024 pada PNGK 3.75 dan ke atas ialah 469 calon atau 5.86 peratus.

“Bagi calon yang mencapai PNGK 3.00 dan ke atas ialah 2,597 calon atau 32.43 peratus,   PNGK   2.75   dan   ke   atas   ialah   1,099   calon   atau 13.73 peratus, dan PNGK 2.00 dan ke atas ialah 2,871 calon atau35.86 peratus adalah meningkat berbanding tahun 2023,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan keputusan STPM 2024 di Menara Kinabalu di sini pada Selasa.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Raisin berkata, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah memilih seorang pelajar STPM terbaik Kebangsaan dari negeri ini untuk diberikan anugerah berupa wang tunai bernilai RM1,000 , plak, dan sijil MPM.

Katanya, seramai 146 pelajar STPM terbaik Negeri diberikan anugerah sijil kecemerlangan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah.

“Kategori pelajar terbaik negeri STPM 2024 tersebut adalah melibatkan seorang pelajar aliran Sains dan 145 pelajar lagi melibatkan aliran Sains Sosial.

“JPNS pada tahun ini menganugerahkan seramai 26 pelajar terbaik Malaysian University English Test (MUET) dengan pencapaian Agregate 294 – 330 , Band 5.0,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

578 ladang di Sabah terima pensijilan myGAP, 34 ladang terima pensijilan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular