HomeUtama52 usahawan wanita terima geran pembungkusan produk

52 usahawan wanita terima geran pembungkusan produk

Read Time:1 Minute, 30 Second

Kota Kinabalu: Seramai 52 usahawan di bawah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) menerima geran pembungkusan dan pelabelan produk sejak program itu diperkenalkan pada 2018.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib berkata pencapaian itu membuktikan potensi besar golongan wanita di negeri ini untuk terus maju dalam bidang keusahawanan.

“Pada masa sama, kita turut meraikan kejayaan 32 peserta yang berjaya memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam pelbagai bidang.

“Tahniah saya ucapkan kepada semua penerima. Anda adalah contoh terbaik kepada generasi wanita berdikari dan berdaya saing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyerahan Geran Pembungkusan Produk dan Sijil Penyertaan SKM Usahawan JHEWA Tahun 2025, di sini pada Rabu.

James berkata, kerajaan negeri menerusi pelbagai agensi termasuk JHEWA akan terus mempergiat usaha membina kapasiti, menyediakan latihan berterusan dan memberi bantuan bersasar bagi memastikan usahawan bukan sahaja mampu bertahan, tetapi juga berjaya menembusi pasaran lebih luas termasuk antarabangsa.

“Namun, kejayaan jangka panjang bergantung kepada kesungguhan, disiplin dan keazaman usahawan sendiri untuk terus belajar, berinovasi dan menyesuaikan diri dengan kehendak pasaran,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa bantuan yang diberikan bukan hanya dalam bentuk fizikal seperti pembungkusan atau sijil semata-mata, tetapi turut menjadi suntikan keyakinan dan dorongan moral bahawa kerajaan sentiasa menyokong perjuangan usahawan wanita.

Dalam pada itu, Pengarah JHEWA, Haslina Ismail berkata sebagai agensi pelaksana di bawah Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, JHEWA sentiasa komited memperkasa golongan wanita dan kumpulan sasar melalui pelbagai program pembangunan kapasiti dan kemahiran.

“Kami percaya, pelaburan dalam pembangunan insan terutamanya dalam kalangan wanita, ibu tunggal dan golongan B40 akan membuahkan hasil yang mampan untuk negeri ini khususnya daripada aspek pembangunan ekonomi,” katanya..

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah (Sektor Dasar dan Pengurusan) Henry Idol, Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah Datin Fauziah DSP Abu Bakar Titingan.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah perkukuh akses pendidikan berkualiti, lebih 100 pelajar cemerlang diraikan esok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular