Oleh Erdie Ab Wahid
Kota Kinabalu : Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggi Datuk Amir Kahar Tun Datu Mustapha dan bekas Pembantu Menteri Kebajikan Masyarakat dan Perpaduan Sabah Datin Seri Norsuadah Basah dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah negeri Sabah sempena sambutan Maal Hijrah 1447 peringkat negeri di sini, hari ini
Kedua-dua penerima anugerah bagi kategori lelaki dan wanita itu menerima anugerah tokoh yang disampaikan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman.

Majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) itu turut dihadiri isteri Tun Musa, Toh Puan Faridah Tussin dan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor serta isteri Datin Seri Juliah Salag.
Amir Kahar,75, merupakan seorang individu yang mempunyai semangat pejuang bagi membebaskan negeri ini daripada penjajahan.
Beliau juga mewarisi bakat dalam bidang politik selain pernah bergelar ADUN selama lima penggah di kawasannya dari tahun 1986 hingga 2008 setta Ahli Parlimen selama tiga penggal sejak tahun 1990 sehingga 2004.
Pencapaian tertinggi dalam Kerajaan Negeri turut terserlah apabila beliau menyandang jawatan Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah pada tahun 1993 seterusnya sebagai Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan pada 1994.
Sementara itu, Norsuadah,72, memulakan kerjaya sebagai pembantu rancangan, pembaca berita, juruhebag dan penerbit rancangan sejak tahun 1973 sehungga 1978.

Tokoh wanita ini juga berkecimpung dengan dunia politik selepas melepaskan jawatan dalam dalam dunia penyiaran.
Sebagai ADUN Dilantik, beliau pernah menggalas jawatan Pembantu Menteri Kebajikan Masyarakat dan Perpaduan Sabah semasa era Kerajaan negeri pada ketika itu.
Selain itu, beliau turut bergiat aktif dengan sebuah pertubuhan keagamaan dan sosial utama di Sabah.
Terdahulu, majlis itu turut dihadiri lebih 5,000 umat Islam sekitar bandaraya Kota Kinabalu dan daerah berhampiran. – SABAH MEDIA