HomeUtamaMedia main peranan penting jayakan Kaamatan 2025 – Jeffrey

Media main peranan penting jayakan Kaamatan 2025 – Jeffrey

Read Time:53 Second

Kota Kinabalu:  Kerajaan negeri menghargai komitmen dan peranan pengamal media dalam menyampaikan maklumat berhubung penganjuran sambutan Pesta Kaamatan 2025.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, capaian liputan media sepanjang dua hari sambutan pada hujung Mei lalu dan ianya telah sampai kepada seluruh rakyat di seluruh Malaysia termasuk luar negara.

“Saya difahamkan media kita menyampaikan maklumat ini kepada hampir lapan juta manusia. Syabas dan tahniah kepada semua pengamal media.

“Dengan capaian sedemikian sekali gus membuktikan peranan penting media dalam menyebarkan mesej perpaduan dan kebudayaan Sabah ke seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Kaamatan: A Tribute To The Press, di sini.

Jeffrey berkata, beliau berkata, tanpa media, penganjuran sambutan itu tidak akan dapat sampai dengan sebaiknya.

Majlis ini merupakan sebagai tanda penghargaan dan simbol pengiktirafan terhadap sumbangan media dalam memartabatkan budaya dan warisan etnik Sabah menerusi liputan meluas sepanjang sambutan Pesta Kaamatan 2025 berlangsung.

Hadir sama, Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Leonard Stephen Poyong dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Kaamatan 2025, Datuk Suman Yasambun

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah perkukuh akses pendidikan berkualiti, lebih 100 pelajar cemerlang diraikan esok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular