HomeUtamaTun Musa, Hajiji hadir majlis kesyukuran sambutan awal tahun hijrah

Tun Musa, Hajiji hadir majlis kesyukuran sambutan awal tahun hijrah

Read Time:48 Second

Kota Kinabalu: Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman dan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri Majlis Kesyukuran Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Baharu Hijrah Peringkat Negeri Sabah 1447H/2025M yang berlangsung di Masjid Negeri Sabah pada Khamis.

Keberangkatan tiba Tun Musa pada jam 6 petang itu disambut Hajiji dan barisan kepimpinan negeri, termasuk Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Kadzim M. Yahya dan Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri  Masidi Manjun.

Turut menyambut ketibaan adalah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong.

Majlis dimulakan dengan bacaan Doa Akhir Tahun 1446H, disusuli Doa Awal Tahun 1447H, sebelum jemaah menunaikan Solat Fardhu Maghrib secara berjemaah.

Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa Selamat. Para jemaah kemudiannya diberikan Tazkirah Khas yang menyentuh pengajaran penting daripada peristiwa hijrah Rasulullah SAW.

Program diteruskan dengan Solat Fardhu Isyak berjemaah sebelum para tetamu dijamu dalam satu jamuan ringkas. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Yong Gesa Kerajaan Sabah Gantikan Jabatan Air Dengan Badan Berkanun Baharu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular