HomeUtamaBeliawanis nadi perubahan politik, komuniti - Alffera

Beliawanis nadi perubahan politik, komuniti – Alffera

Read Time:1 Minute, 3 Second

Kota Belud: Peranan Beliawanis dalam dunia politik dan pembangunan komuniti bukan sekadar menjadi pelengkap majlis atau bahan kempen semata-mata, sebaliknya merupakan nadi utama kepada gerakan perubahan di negeri ini.

Ketua Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Tempasuk, Alffera Deanna Wong, berkata, sudah tiba masanya untuk mengangkat suara wanita muda agar lebih didengari dan diberi ruang menyumbang secara aktif dalam pembangunan dasar dan masyarakat.

“Beliawanis bukan sekadar penghias bibir pentas. Bukan sekadar pelengkap hiasan dalam poster dan kempen. Beliawanis adalah suara, nadi, dan tenaga utama dalam membentuk arus perubahan negeri ini,” katanya ketika berucap pada Persidangan Beliawanis Tempasuk di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, wanita muda mempunyai potensi besar dalam kepimpinan, terutamanya apabila diberikan pendedahan, kepercayaan dan ruang untuk menunjukkan kemampuan mereka. 

Justeru itu, pelbagai program dan inisiatif sedang digerakkan oleh Beliawanis Tempasuk untuk memperkasakan peranan wanita muda di peringkat akar umbi.

Tambahnya, Gagasan Rakyat di bawah kepimpinan Persiden, Datuk Seri Hajiji Noor juga terbukti inklusif dalam memberikan peluang kepada golongan belia dan wanita muda untuk bersama-sama membentuk hala tuju negeri.

Beliau menyeru agar seluruh jentera wanita muda di kawasan Tempasuk terus memperkukuh komitmen dan semangat juang menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17), demi memastikan suara wanita muda kekal relevan dan berpengaruh dalam landskap politik Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah perkukuh akses pendidikan berkualiti, lebih 100 pelajar cemerlang diraikan esok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular