HomeUtamaTiga maut, satu cedera dalam nahas pacuan empat roda dan treler di...

Tiga maut, satu cedera dalam nahas pacuan empat roda dan treler di Lahad Datu

Read Time:1 Minute, 10 Second

LAHAD DATU: Tiga lelaki maut manakala seorang lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dan treler bermuatan minyak sawit di Batu 16, Jalan Lahad Datu-Sandakan malam tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.52 malam melalui talian MERS999.

“Seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu digerakkan ke lokasi sejauh 30 kilometer dan tiba pada jam 9.15 malam.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi mendapati kemalangan melibatkan sebuah treler bermuatan minyak sawit dan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax.

“Tiga mangsa lelaki yang tersepit dalam pacuan empat roda berjaya dikeluarkan pasukan bomba dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketiga-tiga mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Azizi, 28, yang merupakan pemandu Dmax, serta dua penumpang iaitu Mohd Rasman Ahmad Kechil, 28, dan Muhammad Zulkhairi Ismail, 29 tahun.

Sementara itu, pemandu treler, Abd Kadir Lanusa, 61 tahun, mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke hospital menaiki ambulans KKM untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.40 tengah malam setelah memastikan tiada lagi bahaya di lokasi kejadian.

Operasi turut dibantu oleh empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dua petugas KKM.

RELATED ARTICLES
Utama

Persatuan Alumni KTYS terus aktif perkasa peranan bekas pelajar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular