HomeUtamaGagasan Rakyat Sindumin lapor polis terhadap kenyataan fitnah Albert Tei

Gagasan Rakyat Sindumin lapor polis terhadap kenyataan fitnah Albert Tei

Read Time:1 Minute, 31 Second

Sipitang: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Sindumin hari ini membuat satu laporan polis terhadap Albert Tei Jiann Chieng berhubung dakwaan berunsur fitnah dan tohmahan serius yang disiarkan secara terbuka melalui media sosial.

Laporan tersebut dibuat di Balai Polis Daerah Sipitang pada jam 8.56 pagi tadi oleh Ketua Penerangan Gagasan Rakyat Sindumin Helmy Saidin.

Ini selepas satu video siaran media tular di laman Facebook yang menunjukkan Albert membuat pelbagai tuduhan terhadap pimpinan negeri dan pusat termasuk Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor serta

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob.

Dalam laporan itu, Helmi menyatakan, Albert mempertikaikan siasatan dan pendakwaan ke atas beberapa individu politik, serta mengaitkan tujuh lagi ADUN termasuk Ketua Menteri, dengan dakwaan tidak berasas. 

Malah, beliau turut membuat spekulasi terhadap kemungkinan dirinya dianiaya termasuk dibunuh atau diculik.

Antara kenyataan Albert yang dipetik termasuk, “bagaimana dengan jerung-jerung yang tertinggal itu? Dua orang sahaja dituduh. Bagaimana dengan tujuh orang lagi? Terutamanya Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.”

“Saya menyuruh seluruh rakyat Malaysia menjadi saksi hari ini jika saya mengalami sebarang musibah selepas ini, saya dibunuh ke, diculik ke, saya hilang tiba-tiba.”

Menurut Helmi, kenyataan tersebut secara langsung memberi gambaran bahawa Ketua Menteri Sabah dan YB Datuk Dr Yusof Yacob telah melakukan kesalahan undang-undang, campur tangan dalam proses pendakwaan dan siasatan SPRM dan terlibat dalam perancangan jenayah terhadap Albert termasuk penculikan dan pembunuhan.

Tambah Helmy lagi, tindakan Albert dianggap sebagai cubaan mencemar imej pemimpin negeri serta institusi perundangan negara, dan sebagai satu fitnah jenayah, hasutan, serta penghinaan terhadap sistem kehakiman.

Sehubungan itu, Helmy meminta pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap Albert di bawah peruntukan undang-undang.

Katanya, ini termasuklah di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan (Fitnah Jenayah), Seksyen 4 Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah perkukuh akses pendidikan berkualiti, lebih 100 pelajar cemerlang diraikan esok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular