HomeUtamaForum Perdana Ehwal Islam wajar diperluas ke seluruh Sabah

Forum Perdana Ehwal Islam wajar diperluas ke seluruh Sabah

Read Time:1 Minute, 19 Second

Membakut : Penganjuran Forum Perdana Ehwal Islam dilihat wajar untuk diperluas ke semua daerah di negeri ini sebagai usaha bagi memperluas syiar Islam di Sabah.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, program itu juga dilihat mampu menyemarakkan lagi dakwah kepada seluruh lapisan Masyarakat.

“Saya juga berharap program Forum Perdana Ehwal Islam ini dapat dijadikan program tahunan dan juga dapat dilebarkan ke daerah-daerah di seluruh negeri Sabah.

“Ini adalah  demi untuk menyemarakkan dakwah, tarbiah dan menjana semangat memperkasa negeri dan negara melalui kekuatan akidah, syariah dan akhlak al-karimah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Forum Perdana Ehwal Islam di Dewan Seri Wawasan Kampung Pimping, di sini pada Khamis.

Forum bertemakan ‘Sucikan Jiwa, Umat Maju Jaya’ itu melibatkan panel jemputan antaranya Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia, Prof Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin , Penceramah Bebas, Datuk Mohd Kazim Elias, dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Malai Ali Malai Ahmad.

Arifin yang juga Exco Agama dan Pendidikan berkata, program tersebut wajar menjadi agenda tahunan selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri memperkasa pembangunan dalam matlamat Sabah Maju Jaya.

Antara topik yang dibincangkan termasuk cabaran dunia teknologi moden dan kesan terhadap kehidupan umat Islam, serta peranan akidah dan akhlak dalam membina kekuatan ummah dalam era digital.

Forum tersebut merupakan salah satu pengisian utama sempena Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara ke-14, yang diadakan di daerah Membakut.

Sambutan tersebut adalah anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah dan Kerajaan Negeri Sabah, dalam usaha memperkukuh persuratan, seni dan budaya Islam di rantau ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Yong Gesa Kerajaan Sabah Gantikan Jabatan Air Dengan Badan Berkanun Baharu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular