HomeUtamaJubli emas SAN Tambunan berjaya bina tamadun ilmu di Pedalaman

Jubli emas SAN Tambunan berjaya bina tamadun ilmu di Pedalaman

Read Time:1 Minute, 19 Second

Tambunan : Sekolah Agama Negeri (SAN) Tambunan yang ditubuhkan hampir lima dekad berjaya membuktikan semangat membanggakan apabila mampu membina tamadun dan mendidik generasi meskipun terletak di pedalaman Sabah.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam berkata, SAN Tambunan bukan hanya menyediakan Pendidikan agama yang kukuh malah turut memainkan peranan dalam pembentukan nilai integriti dan kepimpinan dalam kalangan pelajarnya.

“Meskipun bermula dari bangunan yang serba daif dan tenaga pengajar yang terhad, namun kini sekolah ini telah melahirkan ribuan insan yang berilmu, berakhlak dan berbakti kepada masyarakat.

“Malah pencapaian akademik dan kokurikulum sekolah ini juga wajar dibanggakan, apatah lagi dengan penglibatan aktif dalam pelbagai program dakwah, kemasyarakatan, dan penyebaran ilmu yang memberi manfaat bukan sahaja kepada pelajar, tetapi juga kepada masyarakat sekeliling,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Jubli Emas SAN Tambunan di sini pada Sabtu.

Ruslan berkata, meskipun mencapai usia 50 tahun namun sekolah berkenaan tidak boleh berpuas hati khususnya ketika dunia berdepan dengan cabaran nilai, identiti dan kelangsungan ilmu.

Katanya, teknologi, media sosial, krisis moral dan isu akidah memerlukan pendekatan pendidikan yang lebih holistik.

“Maka, sekolah agama seperti ini perlu terus diperkasa dari aspek kurikulum, infrastruktur, latihan guru, dan hubungan dengan komuniti.

“Ini bererti, Majlis Sambutan Jubli Emas ini bukan hanya untuk mengenang sejarah, tetapi juga menjadi wadah untuk kita merenung sejauh mana sumbangan kita kepada pendidikan agama dan pembangunan sahsiah generasi akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Ruslan menyeru agar semua pihak termasuk kerajaan, agensi agama, ibu bapa dan masyarakat bersama-sama memperkukuh pendidikan Islam agar terus relevan, progresif dan mampu melahirkan generasi ulul albab. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

578 ladang di Sabah terima pensijilan myGAP, 34 ladang terima pensijilan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular