HomeUtamaDBKK pertimbang bayaran masuk ke laluan Taman Jejak Signal Hill

DBKK pertimbang bayaran masuk ke laluan Taman Jejak Signal Hill

Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sedang meneliti cadangan untuk mengenakan bayaran masuk ke laluan Taman Jejak Signal Hill sebagai langkah menampung kos penyelenggaraan dan mengatasi masalah vandalisme yang semakin membimbangkan.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, perkara itu masih dalam peringkat perbincangan dan sebarang keputusan hanya akan dimuktamadkan selepas mendapatkan maklum balas masyarakat.

Katanya, kos penyelenggaraan taman dan infrastruktur di sekitar kawasan itu adalah tinggi, tambahan dengan insiden vandalisme terhadap kabel, lampu dan kemudahan awam sering berlaku.

Menurutnya, insiden vandalisme yang berlaku dilihatkan memerlukan kehadiran pegawai penguat kuasa dalam jumlah besar.

“Sekiranya laluan ini diserahkan kepada pihak pengurusan tertentu, pelaksanaan bayaran masuk berkemungkinan menjadi sebahagian mekanisme bagi menampung kos operasi dan keselamatan.

“Untuk maklumat, terdapat perancangan untuk membina sebuah kafe di kawasan bawah laluan berkenaan sebagai tarikan tambahan kepada pengunjung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau laluan berkenaan di sini pada Isnin.

Sabin berkata, projek pembinaan semula laluan sepanjang 500 meter itu menelan kos RM11.9 juta dan mengambil masa empat tahun untuk disiapkan, termasuk kelewatan akibat pandemik COVID-19. 

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) atas sokongan teknikal dalam pelaksanaan projek tersebut.

Setakat ini, kawasan sekitar Signal Hill masih bebas diakses secara percuma, namun cadangan bayaran hanya melibatkan laluan jambatan sekiranya dilaksanakan kelak.

“Apa juga keputusan akan mengambil kira keselesaan masyarakat, keselamatan pengguna, serta kelestarian kawasan tarikan bandar raya itu,”‘katanya.

Mengenai laluan lama dari Dewan ke lokasi tersebut yang kini ditutup, Sabin berkata, jalan dan tangga sedia ada rosak akibat kejadian tanah runtuh. 

Katanya, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah mengemukakan permohonan dana kepada kerajaan Persekutuan bagi kerja pembaikan. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Utama

Abang rogol adik kandung dipenjara 15 tahun, 10 sebatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular