HomeUtamaLelaki didenda RM48,000 miliki haiwan dilindungi

Lelaki didenda RM48,000 miliki haiwan dilindungi

Read Time:52 Second

SANDAKAN: Seorang lelaki didenda RM48,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis selepas mengaku bersalah memiliki beberapa haiwan daripada spesies dilindungi tanpa kebenaran sah.

Tertuduh, Hendry Rayner Endim, 38, yang bekerja sebagai pegawai ladang, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Roslinda Razali.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didapati memiliki tiga bangkai ular sawa pendek (blood python), seekor ular sawa batik (reticulated python), seekor bangkai musang pulut (malay civet) serta dua bangkai musang pandan (common palm civet), yang merupakan spesies dilindungi di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira jam 2.10 petang pada 24 Mei 2025 di Jalan Utama Paitan–Kanibongan tanpa sebarang kebenaran sah.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41(2) enakmen berkenaan yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM30,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau penjara antara enam bulan hingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM48,000 atau penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Hidupan Liar, Primus Lambut, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

RELATED ARTICLES
Utama

83 projek BALB Sabah bernilai RM4.06 bilion diserah kepada kerajaan negeri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular