HomeUtama80 resort di Semporna belum mohon lesen, berdepan tindakan penguatkuasaan

80 resort di Semporna belum mohon lesen, berdepan tindakan penguatkuasaan

Read Time:58 Second

KUNAK: Kira-kira 80 resort di Semporna yang masih belum memohon lesen pelancongan berdepan tindakan penguatkuasaan termasuk kemungkinan dirobohkan sekiranya didapati melanggar undang-undang sedia ada.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Dr Andi Md Shamsureezal Mohd Sainal berkata, tindakan tegas itu akan dilaksanakan selepas tempoh bertenang tamat, susulan keputusan mesyuarat yang dipengerusikan Menteri berkenaan, Datuk Jafry Ariffin.

Beliau memaklumkan, sebanyak 190 resort telah dikenal pasti di seluruh Semporna, dengan 46 daripadanya memiliki lesen sah.

“Daripada jumlah itu, 62 resort sedang dalam proses permohonan lesen, manakala baki kira-kira 80 lagi masih belum mengemukakan sebarang permohonan.

“Sehubungan itu, operasi penguatkuasaan akan diteruskan bagi mengesan resort dan syarikat yang belum berdaftar di bawah Peraturan Pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Camp STEM Hijau 2026 daerah Kunak di Tasik Impian Kunak, di sini, pada Sabtu.

Menurutnya, tindakan undang-undang akan diambil berdasarkan kesalahan yang dilakukan, termasuk pelanggaran undang-undang tanah dan peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Jika melibatkan kesalahan tanah, tindakan boleh diambil mengikut undang-undang berkaitan termasuk pengusiran atau perobohan.

“Bagi kesalahan di bawah bidang kuasa PBT pula, tindakan seperti kompaun atau perobohan boleh dikenakan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pastikan wakil kerajaan menang di Kota Marudu pada PRU16 – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular