HomeUtamaKebajikan mangsa jadi keutamaaan, bantuan segera disalurkan - Hajiji

Kebajikan mangsa jadi keutamaaan, bantuan segera disalurkan – Hajiji

Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor melahirkan rasa dukacita terhadap kejadian kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di Kampung Bahagia, Batu Sapi, Sandakan.

Beliau berkata, kerajaan negeri telah segera menggerakkan semua agensi berkaitan bagi memastikan keselamatan mangsa sentiasa terjamin, selain menyalurkan bantuan kecemasan kepada mereka yang terjejas.

“Keutamaan kita ketika ini adalah memastikan kebajikan semua mangsa terus terbela, termasuk penyediaan tempat perlindungan sementara, makanan serta keperluan asas,” katanya.

Hajiji berkata demikian menerusi hantaran di media sosial Facebooknya di sini pada Ahad.

Menurut beliau, kerajaan negeri komited untuk memantau situasi dari semasa ke semasa bagi memastikan segala bentuk bantuan dapat disalurkan dengan cepat dan berkesan.

Awal pagi tadi, Kira-kira 200 rumah atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.32 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan tiba di lokasi kira-kira 16 minit kemudian.

Katanya, setibanya pasukan ke lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan penempatan rumah atas air jenis tidak kekal musnah sepenuhnya.

“Operasi pemadaman berdepan beberapa cabaran termasuk laluan sempit yang menghalang pergerakan jentera ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Pukat ‘hantu’, sisa plastik beri kesan terhadap hidupan marin di perairan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular