HomeUtamaKerajaan Sabah salur bantuan khas kepada mangsa kebakaran di Kampung Bahagia

Kerajaan Sabah salur bantuan khas kepada mangsa kebakaran di Kampung Bahagia

Read Time:50 Second

SANDAKAN: Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan segera kepada mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Batu Sapi yang memusnahkan hampir 1,000 rumah dalam kejadian awal pagi pada Ahad.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Kerajaan Negeri amat bersimpati dengan nasib mangsa yang terjejas dalam kebakaran yang disifatkan sebagai antara yang terbesar melibatkan kawasan penempatan berkenaan.

“Hari ini saya meninjau keadaan di lapangan melibatkan mangsa-mangsa kebakaran Kampung Bahagia, Sandakan. 

“Kebakaran ini adalah satu kebakaran yang agak besar, melibatkan hampir 1,000 rumah yang musnah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau lokasi kejadian dan menyampaikan bantuan kepada mangsa di Dewan PPR Batu Sapi, di sini pada Isnin.

Hajiji berkata, sebagai bantuan permulaan, setiap Ketua Isi Rumah (KIR) menerima sebanyak RM2,000, merangkumi bantuan khas RM1,000 daripada kerajaan negeri dan RM1,000 daripada Yayasan Kebajikan Sabah.

“Kita berharap bantuan ini akan dapat meringankan bebanan mereka sekarang ini,” katanya.

Selain itu, Pusat Zakat Sabah dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah turut menyalurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

RELATED ARTICLES
Utama

Tanah terbiar akan dibangunkan, bantu tingkat ekonomi penduduk luar bandar –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular